Monday 29 July 2013

MIneral di Malaysia

 Mineral adalah merupakan bahan utama yang membentuk jasad bumi dan planet. Mineral adalah suatu bahan hablur pejal yang terbentuk secara semulajadi selalunya melalui proses inorganic (tidak berbentuk,berhayat). Ia mempunyai sifat fizikal yang homogeny dan mempunyai komposisi kimia yang tersendiri.

AMBER
Amber atau lebih dikenali di Malaysia sebagai damar merupakan fosil resin
pokok. Namanya diambil daripada perkataan arab iaitu ambergris yang
merujuk kepada bahan berminyak dan berbau wangi yang dikeluarkan oleh
sejenis ikan paus. Disebabkan ia terjadi dari resin pokok, kadang-kala boleh
didapati serangga atau debunga berada didalam amber. Kekerasan amber
adalah 1-3 bergantung kepada jenis dan asalnya. Contohnya, amber dari
Myanmar adalah paling keras iaitu 3. Manakala amber Baltic mempunyai kekerasan 2-2.5 amber Dominican pula mempunyai kekerasan1-2. Specific gravity amber adalah 1.05-1.2 dan boleh terapung di dalam air masin atau air laut. Ia boleh menjadi lembut apabila dibakar malah boleh terbakar. Selain itu,
ia juga mempunyai sedikit ciri flourecence dan boleh tercas apabila digosok. Amber biasanya boleh ditemui dalam warna kuning, jingga, merah, putih, perang, hijau dan kebiruan. Ia bolek dijumpai ditempat yang terdapat banyak batu arang seperti di Bau, Sarawak.



ARSENOPIRIT / ARSENOPYRITE
Mendapat nama dari komposisi unsur utamanya arsenik. Berwarna
putih perak dan kelabu yang berkilauan logam. Ia boleh melarut di
dalam larutan asid nitrik. Mempunyai sistem hablur Ortorombik,
kekerasan 6 dan graviti tentu 5.9 – 6.2. Biasanya mempunyai bentuk seperti kristal dan granular serta masif. Kegunaan utama mineral ini ialah sumber logam arsenik yang digunakan sebagai bahan tambahan dalam pembuatan cat, pencelup, racun serangga dan bahan peluntur kaca. Seringkali terdapat oleh logam emas dan pirit di dalam mineral ini. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Bukit Besi, Terengganu dan di Lancang, Pahang


BAUKSIT / BAUXITE
Terbentuk apabila tindakan laluhawa berlaku kepada batuan yang mempunyai kandungan Aluminium Silika yang tinggi. Aluminium diasingkan oleh tindakan hujan dan aliran air di dalam batuan yang membawa silika ke tempat lain dan meninggalkan sebatian Hydrous Aluminium Oksida. Jadi ia merupakan campuran pelbagai jenis Aluminium Hidroksida dan Aluminium Oksida seperti Gibsite [Al(OH) 3 ] berwarna putih, Boehmite [AlO(OH)] berwarna putih dan Diaspore [AlO(OH)] berwarna kelabu, perang dan merah jambu. Mempunyai warna yang terang seperti merah, jingga, perang dan putih kelabu. Bentuk
yang paling biasa ditemui ialah granular seperti tanah merah (laterit) dan ia rapuh mudah dipecahkan. Kegunaan ialah sumber logam aluminium dalam pembuatan aloi, peralatan pendawaian elektrik dan pelbagai barangan yang memerlukan bahan yang tahan karat dan ringan. Lokasi utama mineral ini ialah di sekitar kawasan Pengerang dan Teluk Romania, Johor.


BERYL
Mendapat nama daripada perkataan greek beryllos yang merujuk
kepada warna air laut yang hijau kebiruan. Mempunyai kekerasan 7.5-
8 dan mempunyai system hablur heksagonal. Beryl mempunyai gravity tentu 2.63–2.80 dengan kilauan berkaca samada lutsinar ataupun lutcahaya. Terdapat pelbagai warna beryl yang boleh kita temui seperti tidak berwarna (goshenite), merah jambu (morganite), merah (bixbite), kuning cerah (golden beryl), kuning kehijauan (heliodor), hijau (emerald), biru (aquamarine) dan biru gelap (maxixe). Walau bagaimanapun beryl yang tulen adalah tidak berwarna manakala beryl merah amat jarang ditemui. Antara tempat yang boleh ditemui adalah seperti Simpang Pulai, Perak.


BARITE
Barite adalah mineral yang mengandungi barium sulfat. Namanya
berasal daripada perkataan greek yang bermaksud berat. Ia
mempunyai kekerasan 3-3.5 dan spesifik graviti 4.3-4.5. Manakala
sistem hablurnya pula terdiri daripada sistem orthorhombik. Barit
boleh ditemui dalam warna yang pelbagai seperti tidak berwarna,
putih, biru, hijau, kuning dan merah. Barite banyak digunakan dalam kerja-kerja eksplorasi penggalian minyak dan gas. Kegunaan lain barite ialah dalam pembuatan kereta, elektronik, skrin tv, getah, pemberat dalam eksplorasi penggalian minyak,seramik, cat dan kertas. Antara tempat yang boleh ditemui adalah seperti di Bukit Pencuri, Kelantan,Tasik Kenyir dan Kuala Berang, Terengganu.


DOLOMITE
Dolomite mendapat nama sempena ahli geologi Perancis Déodat de
Dolomieu yang merupakan orang pertama menerangkan tentang
dolomite iaitu sejenis batuan karbonat yang bertanggungjawab terhadap bentuk dan warna gunung tersebut. Ia boleh dijumpai dalam warna putih, kelabu ke merah jambu. Dolomite mempunyai kekerasan 3.5-4 dan spesifik graviti 2.84-2.86. ia mempunyai sistem hablur trigonal dengan kilauan berkaca hingga ke bak mutiara. Dolomite biasanya digunakan dalam pembuatan barangan
hiasan, agregat dalam konkrit dan juga sumber magnesium oksida. Ia biasanya wujud bersama batu kapur. Ianya boleh ditemui di Sungai Siput, Perak.


EMAS / GOLD (Au)Emas merupakan mineral yang sukar untuk didapati dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia merupakan mineral yang tumpat, lembut, berkilat, dan merupakan mineral yang paling mudah ditempa serta elastik. Biasanya ia dijumpai bersama sedikit perak, tembaga dan kadang kala besi. Emas mempunyai kekerasan 2.5-3 dan spesifik graviti 15.5-19.3 dimana 1.93 merupakan emas tulen. ia mempunyai kilauan berlogam dan mempunyai system hablur isometric, octahedral dan dodecahedral. Walaupun begitu bentuk ini amat jarang ditemui dan biasanya dijumpai dalam bentuk ketulan kecil (nugget), kepingan dan wayaran halus. Antara kegunaan emas adalah dalam pembuatan barangan kemas, perhiasan, pendawaian elektrik dan elektronik, dan pergigian. Antara tempat yang boleh ditemui ialah di Penjom dan Sungai Aur, Pahang serta Lubuk Mandi Rusila,Terengganu.


FELDSPAR
Feldspar adalah kumpulan mineral yang paling besar didalam kerak bumi meliputi 60% secara keseluruhannya. Perkataan feldspar berasal daripada perkataan German feld bermaksud padang dan spat iaitu batu yang tidak mengandungi bijih. Terdapat dua jenis feldspar iaitu feldspar ortoklas dan feldspar plagioklas. Feldspar ortoklas mempunyai sistem hablur monoklinik dan mempunyai warna krim ke merah jambu dengan kekerasan 6. Bagi feldspar plagioklas pula mempunyai system hablur triklinik dan menpunyai warna putih ke kelabu dengan kekerasan 6-6.5. Feldspar banyak digunakan dalam industri negara seperti dalam pembuatan kaca, seramik, pembuatan jubin lantai, dan bahan penambah dalam cat, plastik dan getah. Antara tempat yang boleh ditemui adalah seperti di Gua Musang, Kelantan.



FLORIT / FLUORITE
Mudah dikenali kerana berwarna hijau dan ungu. Ia mempunyai kekerasan yang rendah iaitu 4.0 graviti tentu 3.1 dan boleh melarut di dalam asid sulfurik. Mendapat nama dari kandungan unsur di dalam mineral ini iaitu Florin. Ia mempunyai sistem hablur kubus dengan kebanyakannya muncul sebagai butiran kasar hablur dan biasanya bersatu dengan batuan igneus sebagai mineral sampingan. Kegunaan utama mineral ini sebagai bahan utama pembuatan asid hidrofluorik dan bahan seramik. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Lancang, Pahang dan Lombong Tekah Gopeng Perak.


GALENA
Mendapat nama dari ahli semulajadi Roman, Pliny yang menggunakan nama Galena untuk merujuk kepada bijih Plumbum. Berwarna kelabu timah dan kadang kala berwarna kelabu sebam dengan kilauan logam cerah. Ia terbina dari sistem hablur kubus dan selalu muncul dalam bentuk masif, hablur kecil, granular dan diselaputi mineral dan batuan lain. Ia mempunyai kekerasan 2.5 dan graviti tentu 7.2 – 7.6. Galena merupakan mineral yang sangat berat berbanding dengan air dan mudah diasingkan dari bahan lain. Ia juga melarut di dalam asid nitrik sejuk untuk proses pengenalpastian. Kegunaan utama galena ialah
sumber Plumbum dengan 87% kandungan dan biasanya mempunyai 1% kandungan Argentum (perak) dari keseluruhan mineral. Plumbum digunakan di dalam pembuatan bateri, perpaipan, campuran bahan bakar dan sebagai mineral sampingan yang bernilai tinggi untuk kegunaan lain. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Bukit Besi, Terengganu.


GARNET
Garnet merupakan kumpulan mineral yang telah digunakan sejak zaman tembaga lagi sebagai batu permata dan bahan pelelas. Kebiasaannya dijumpai dalam warna merah tetapi walau bagaimanapun ia juga boleh didapati dalam beberapa warna yang lain seperti oren, kuning, hijau, biru, ungu, perang, hitam, merah jambu dan tidak berwarna. Nama garnet berasal daripada perkataan latin iaitu granatus (grain). Ia mempunyai kekerasan 6.5-7.5 dan indeks biasan 1.72-1.94. Garnet mempunyai gravity tentu 3.56-4.32 dengan system hablurnya berbentuk isometric. Terdapat enam spesis garnet yang dikenalpasti berdasarkan komposisi kimia iaitu pyrope (Mg 3 Al 2 Si 3 O 12 ), almandine (Fe 3 Al 2 Si 3 O 12 ), spessartite (Mn 3 Al 2 Si 3 O 12 ), andradite (Ca 3 Fe 2 Si 3 O 12 ), grossular (Ca 3 Al 2 Si 3 O 12 ), uvarovite (Ca 3 Cr 2 Si 3 O 12 ). Ia boleh dijumpai di Gunung Jerai, Kedah.


GYPSUM
Gypsum adalah mineral yang terjadi hasil daripada kalsium sulfat terhidrat. Nama gypsum berasal daripada perkataan greek  yang bermaksud kapur atau plaster. Ia mempunyai kekerasan 2 dengan graviti tentu 2.31-2.33. Gypsum mempunyai sister hablur monoklinik dengan kilauan berkaca dan bak mutiara. Biasanya gypsum adalah tidak berwarna hingga ke putih tetapi disebabkan sedikit ketidaktulenan (impurities), ia boleh dijumpai dalam warna kuning, tan, biru, merah jambu, perang, perang kemerahan dan kelabu. Gypsum biasanya banyak digunakan dalam pembuatan gypsum board, kapur tulis, baja, simen, dan air penyejuk badan.


HALITE
Halite adalah sejenis mineral yang terbentuk daripada natrium klorida (NaCl). Biasanya ia lebih dikenali sebagai garam batu atau garam bukit. Mineral ini biasanya dijumpai dalam warna seperti tidak berwarna kekuning, tetapi terdapat juga yang berwarna seperti biru cerah, biru gelap dan merah jambu bergantung kepada jumlah dan jenis ketidaktulenan (impurities). Halite mempunyai system hablur isometric dengan kekerasan 2-2.5. Ia mempunyai kilauan
berkaca dan gravity tentu 2.1 serta mempunyai rasa masin apabila dirasa dengan lidah dan boleh larut dalam air. Halite banyak digunakan di dalam kes seperti mencairkan salji pada musim sejuk.


HEMATITE
Mendapat nama dari bahasa Greek, Haimatites yang bererti seperti darah yang merujuk kepada serbuk hematit yang berwarna merah. Biasa ditemui berwarna merah gelap, hitam dan perang dalam bentuk reniform (bentuk buah pinggang), kristal dan masif. Sistem hablurnya dari kategori trigonal. Mempunyai kekerasan yang tinggi 6.5 dan graviti tentu 5.2 – 5.3. Ia mempunyai kira-kira 70% ferum berbanding magnetit dengan 72% ferum di dalam peratusan komposisinya dan menjadi sumber bijih besi yang penting dalam industri perlombongan. Oleh kerana kandungan ferum yang tinggi ia juga melarut di dalam asid hidroklorik dan meninggalkan corekan berwarna merah ceri atau merah perang apabila dicorekkan pada permukaan porselin kasar. Antara tempat mudah didapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Pelepah Kanan, Johor dan di Temangan, Kelantan serta Chenderoh, Perak


ILMENITE
Ia berwarna hitam dan hitam keperangan serta mempunyai kilauan separametalik dan kadang-kadang kusam. Terbina dari kategori sistem hablur heksgonal dan mudah ditemui dalam bentuk hablur, granular seperti pasir hitam dan kepingan kecil. Ia mempunyai kekerasan 5 dan graviti tentu 4.72. Kandungan titanium didalam mineral ini ialah 32.5% dan ferum 36.8% selebihnya adalah oksigen. Ia mempunyai ciri kemagnetan yang kuat kerana kandungan ferum yang tinggi. Kegunaan utama mineral ini adalah untuk mendapatkan logam titanium yang digunakan untuk pembuatan aloi kuat dan ringan dan peralatan pembinaan stesen janakuasa dan bangunan keselamatan serta penghasilan pigmen putih di dalam penghasilan cat (Ti0 2 ). Mendapat nama dari tempat mula dijumpai iaitu di Pergunungan Ilmen, Selatan Urals di Rusia.


KALSIT / CALCITE
Ia mempunyai kekerasan 3 yang mampu digores oleh duit siling,
dengan graviti tentu 2.7 dan sistem hablurnya Trigonal. Mempunyai warna yang pelbagai dari tidak berwarna, putih, kekuningan dan kelabu. Bagi kalsit yang tidak berwarna ia dipanggil Iceland Spar kerana jernih seperti ais di Iceland. Ia juga melarut jika dikenakan asid hidroklorik sejuk dan mengeluarkan gas karbon dioksida yang tidak berbau disamping ia menunjukan ciri pembelauan berganda jika dilihat melaluinya. Kegunaan utama kalsit ialah untuk pembuatan peralatan optik , pembuatan simen dan peralatan pendingin. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Gunung Keriang, Kedah.


KASITERIT
Mendapat nama dari bahasa Greek “Kassiteros –Tin”. Ia berwarna
perang dan hitam keperangan dengan kilauan bukan logam berwarna putih ke kuning pucat, mempunyai kekerasan 6-7, sistem hablur Tetragonal dan graviti tentu yang tinggi iaitu 7.0. Ia mudah dijumpai dalam bentuk masif, fibrous dan ketulan hablur kecil. Mineral ini merupakan sumber utama bijih timah dengan kira-kira 78% stanum di dalam kasiterit. Kegunaan utama stamnum ialah dalam pembuatan pewter, peralatan pencetakan, bebola logam dan pembungkusan makanan. Banyak ditemui di kawasan Lembah Kinta, Lembah Klang dan Pengkalan Hulu, Perak.



KALKOPIRIT / CHALCOPYRITE
Dari bahasa Greek, chalkos - "copper" oleh itu "Copper Pyrite.
Mempunyai warna kuning gangsa, kuning berkarat dan hitam
kekuningan. Selalu disalah erti sebagai emas kerana warna yang hampir sama tetapi mempunyai kekerasan dan kilauan yang lebih dari emas. Mempunyai kekerasan yang rendah 3.5 - 4.0 dengan graviti tentu 4.2 dan sistem hablur tetragonal. Biasa dijumpai dalam bentuk masif, hablur kecil dan kadang kala telah diselaputi dengan mineral sekunder atau bersatu di dalam batuan granit dan kuarza. Ia melarut di dalam asid nitrik kerana komposisi kimianya dan hanya mempunyai 35% kuprum dari keseluruhan komposisinya. Kegunaan utamanya sebagai sumber logam kuprum walaupun peratusan kuprum yang rendah berbanding Cuprite 89% kuprum dan bahan penting dalam industri tenaga elektrik dan barang kemas. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Bukit Ibam Pahang.


KOLUMBIT / COLUMBITE
Sebenarnya terdapat beberapa siri kolumbit yang bergantung kepada jenis komposisi kimia mineral dengan niobium terletak pada hujung satu siri dan Tantalum pada hujung siri yang lain. Mempunyai warna hitam dan hitam keperangan, kekerasan 6.0, graviti tentu 5.2 hingga 7.9 yang bergantung kepada jenis unsur yang hadir dan mempunyai kilauan separa metalik. Ia tergolong dalam sistem hablur ortorombik dan biasanya ditemui dalam bentuk masif dan granular di dalam batuan granit dan jenis batuan igneus lain. Ia merupakan sumber logam Niobium dengan kandungan 55% dari keseluruhan mineral dan sumber tantalum dengan kandungan 70% dari keseluruhan mineral bergantung kepada sirinya. Kegunaan utama logam tantalum sebagai logam tahan suhu tinggi, peralatan perubatan, pembuatan peralatan optik dan peralatan aeroangkasa.


KORUNDUM / CORUNDUM
Mendapat nama dari bahasa Sanskrit, Kuruvinda bererti delima. Mempunyai pelbagai warna dari merah, biru, jingga, kuning, putih dan kelabu. Ia sangat keras sehingga hanya berlian dapat mecalarkannya. Kekerasanya ialah 9 hanya boleh digores oleh berlian, graviti tentu 4.0 dengan kilauan bukan logam dan sebam akibat proses luluhawa. Ia tergolong dalam kategori sistem hablur hexagonal dan biasa ditemui dalam bentuk masif, hablur, granular dan bentuk barrel.
Kegunaan utamanya sebagai bahan perhiasan diraja iaitu batu permata dan bahan pelelas di dalam peralatan pertukangan dan kimpalan. Terdapat nama khas untuk batu permata dari keluarga korundum iaitu Delima (merah), Nilam (biru dan selain dari merah) dan padparadscha (jingga) mineral ini mempunyai nilai yang tinggi kerana sukar di dapati, warna yang menarik, kekerasan yang tinggi dan nilai sejarah mengikut budaya masing –masing. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Lembah Kinta Perak dan Sri Langka.


KAOLINITE
Mudah ditemui di Kao-Ling China, maka namanya dipanggil
Kaolinit. Terbentuk dari pemendakan silika yang kaya dengan
logam aluminium. Ia mempunyai sistem hablur triklinik dan
mempunyai ira yang baik. Biasanya berwarna putih, dan kelabu
yang kusam. Kekerasannya 2.0 – 2.5 dan graviti tentu yang rendah 2.6 – 2.7. Biasa ditemui dalam bentuk masif dan macam tanah liat. Kegunaan utama kaolinit ialah sebagai bahan utama dalam pembuatan seramik, bahan tambahan dalam pembuatan kertas, cat dan plastik. Antara tempat mudah didapati mineral ini ialah di
sekitar kawasan Terung dan Bidor, Perak


KUARZA / QUARTZ
Mendapat nama dari Jerman yang merupakan nama tempat iaitu Quarz.
Merupakan mineral yang paling biasa ditemui, mempunyai pelbagai warna dari tak berwarna hingga kelabu. Setiap warna ini, mempunyai nama khas yang membolehkan pengecaman secara tepat dapat dilakukan seperti ungu (kecubung), merah jambu (kuarza ros), kuning (sitren), kelabu (kuarza berasap) dan lain-lain lagi. Ia mempunyai kekerasan 7, graviti tentu 2.63, sistem hablur heksgonal, bentuk yang biasa ditemui ialah hablur dan masif. Ia boleh dilarutkan di dalam asid hidroflorik. Kuarza boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu makrokristalin dan juga mikrokristalin. Makrokristalin bermaksud hablur Kristal tersebut boleh dilihat dengan mata kasar. Biasanya Kristal jenis ini adalah bersifat lutsinar. Mikrokristalin pula bermaksud hablur tersebut hanya boleh dilihat dibawah
kanta perbesaran yang tinggi seperti mikroskop. Hablur Kristal ini biasanya bersifat lutcahaya atau opak. Kegunaan utama kuarza ialah dalam pembuatan kaca, peralatan optik, peralatan elektrik dan batu permata. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan terumbu kuarza Klang Gate,Selangor dan dikawasan berbatuan Igneus.


LATERITE
Merupakan sejenis bauksit tetapi kaya dengan logam ferum hidroksida yang mudah ditemui di kawasan yang kaya dengan logam ferum. Ia terbentuk akibat proses luluhawa terhadap mineral kaya ferum seperti magnetit, hematit dan geothit serta siderit. Berwarna merah pekat dan perang gelap akibatan dari ion ferum dan melekit jika melarut di dalam air. Kegunaan utama laterit ialah
penambahan jisim bahan untuk sesuatu kawasan pembinaan dan pembaikan kawasan. Antara tempat mudah didapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Pelepah Kanan, Johor dan Bukit Selambau, Kedah.


MAGNETITE
Dinamakan mengikut penemunya iaitu Magnes, seorang gembala
kambing yang meletakan paku pada kasutnya dan paku itu melekat pada batuan ini. Ia mengandungi kira-kira 73% ferum dari komposisinya. Biasa dijumpai dalam bentuk granular, masif dan hablur yang berwarna hitam berkilat dan berkilauan logam. Kadang kala ditemui dalam bentuk seperti pasir hitam yang berat. Ia mempunyai kekerasan 6.0 dan grativi tentu 5.2 serta meninggalkan corekan berwarna hitam apabila dicorek pada porselin. Ia terbina dari sistem hablur kubus maka mudah mengenalpasti bentuk hablurnya. Kegunaan utamanya di dalam perlombongan bijih besi untuk mendapatkan logam ferum. Antara tempat mudah di dapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Pelepah Kanan, Johor dan Hulu Kinta, Perak.


MIKA / MICA 
Keluarga mika yang utama ia itu biotit K(Mg,Fe) 3 AlSiO 3 O 10
(OH,F) 2 (granular hitam) dan muskovit Kal 2 (AlSi 3 O 10 ) (OH,F) 2 (keping berwarna perak dan lutsinar). Biotit merupakan mineral yang kaya dengan ferum dan magnesium manakala muskovit kaya dengan aluminium sahaja. Biasanya ia muncul di dalam batuan igneus dan metamorf. Ia terbina dari sisitem hablur monoklinik, mempunyai kekerasan 2 – 3 dan graviti tentu 2.8 – 2.9. Kegunaan utama mika ialah sebagai bahan penebat di dalam industri semikonduktor dan penjanaan kuasa elektrik serta bahan pelincir tayar. Antara tempat mudah didapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Bukit Mor, Muar, Johor.


MONAZITEMonazein bererti “to be alone” di dalam bahasa greek kerana ia kebanyakan bersendirian di dalam batuan pegmatit posfatik semasa dijumpai. Menjadi sumber utama untuk unsur thorium dan cerium yang jarang ditemui di muka bumi. Ia berwarna kuning pucat, perang gelap dan merah pucat, mempunyai kekerasan 5.5, graviti tentu 4.8 – 5.3 bergantung kepada peratusan unsur thorium dan cerium di dalam mineral tersebut yang tidak tetap. Ia tergolong dalam sisitem hablur monoklinik dan biasa ditemui dalam bentuk butiran hablur dan tabular seperti pasir. Kegunaan unsur di dalam mineral ini ialah dalam pembuatan elektrod dan rawatan radioaktif untuk pesakit barah.


PIRIT / PYRITE
Dalam bahasa Greek, Pirit bererti "stone which strikes fire”, ia mengandungi Fe 45.5% dan S 54.5%. Sering disalaherti sebagai emas kerana warna yang hampir sama seperti emas. Mempunyai warna kuning gangsa hingga kuning pucat, kekerasan 6, graviti tentu 5.0 – 5.2, sistem hablur kubus, memberikan warna corekan pada porselin yang berwarna hitam kehijauan dan menjadi bahan bermagnet setelah dipanaskan dengan kuat. Selalu muncul dengan bentuk hablur berkilat, granular, masif dan aggregat aluvium serta mudah ditemui di banyak kawasan. Kegunaan utama sebagai bahan pembuatan asid sulfurik dan pengasingan unsur sulfur. Disamping itu, kebiasaannya mineral ini bersatu dengan emas dan kuprum. Antara tempat mudah didapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Bukit Ibam , Lancang, Pahang dan di Bukit Besi, Terengganu.


SCHEELITE
Mendapat nama sempena seorang ahli kimia Sweden Karl
Wilhelm Scheele (1742-1786). Ia berwarna putih kehijauan dan
putih kekuningan, dengan kekerasan 4.5, graviti tentu 2.44 – 2.5,
sistem hablur tetragonal dan biasa ditemui dengan bentuk hablur,
masif dan reniform (seperti buah pinggang) dengan kandungan
tungsten 63.8% dan kalsium 13.9%. Ia boleh melarut di dalam
asid hidroklorik dan asid nitrik dan ia boleh mengeluarkan
sinaran berwarna putih kebiruan yang cerah di bawah sinar UV gelombang pendek (ciri fluorescent).Kegunaan utamanya sebagai sumber logam tungsten yang digunakan sebagai filamen.



SPINEL
Spinel terdiri daripada system hablur isometik. Walau bagaimanapun ianya biasa dijumpai dalam bentuk berkembar membentuk oktahedra. Nama asal mineral ini telah hilang ditelan zaman tetapi ianya mungkin berasal daripada perkataan latin spina yang bermaksud duri kecil merujuk kepada hujung tajam sesetengah spinel. Ia mempunyai kekerasan 8 dan gravity tentu 3.54-3.63 dengan kilauan berkaca ke sebam. Sebelum kedatangan sains moden, spinel dan delima (ruby) dianggap sama. Spinel yang biasanya ditemui adalah berwarna merah,
biru, hijau, kuning, perang dan hitam.



TALKUM / TALC
Mendapat nama dari bahasa arab Talc, ia merupakan
mineral yang lembut, berwarna putih kehijauan, kekerasan 1, graviti tentu 2.7 – 2.8, sistem hablur monoklinik dan biasa muncul dengan bentuk masif, keping kecil dan butiran halus. Ia juga mempunyai ciri fluorescent. Kegunaan utama mineral ini sebagai bahan pembuatan kosmetik iaitu bedak, bahan penebat elektrik, seramik dan bahan tambahan dalam cat, getah, racun serangga dan kertas. Antara tempat mudah didapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Tapah Perak.


TOPAZTopaz adalah mineral silika yang terdiri daripada aluminium dan fluorin. Tidak dapat dipastikan samada nama topaz berasal daripada perkataan Sanskrit ataupun greek. Walau bagaimanapun perkataan greek „topazios‟ bermaksud batu permata hijau. Topaz mempunyai kekerasan 8 dan gravity tentu 3.49–3.57 dengan kilauan berkaca. System hablurnya berbentuk orthorhombic dan biasanya digunakan sebagai batu permata. Terdapat beberapa warna topaz seperti tidak berwarna, biru, perang, oren, kelabu, kuning, hijau, merah jambu dan merah jambu kemerahan (reddish pink). Antara tempat yang boleh ditemui adalah seperti di Chenderiang, Perak


TURMALIN (Kompleks Aluminium Borosilikat dengan Logam Alkali)
Turmalin adalah merupakan keluarga kompleks diatas yang terdiri dari 12 ahli yang mempunyai komposisi yang hampir sama dengan sedikit perbezaan. Terdiri dari pelbagai warna dari hijau gelap, perang, biru, merah, merah jambu dan hitam. Kekerasan setiap spesis ini ialah 7.0, graviti tentu 3.0 – 3.2, terbentuk dari sistem hablur hexagonal dan mudah ditemui dalam bentuk siga segi, prisma dan butiran hampir bulat. Kegunaan biasa mineral ini ialah sebagai batu permata bagi yang menarik warnanya. Antara tempat mudah didapati mineral ini ialah di sekitar kawasan Lombong Tekah, Gopeng, Perak.


ZIRKON
Mendapat nama dari bahasa Arab iaitu Zargun yang bermakna warna emas. Ia mempunyai pelbagai warna tetapi yang tulen adalah tidak berwarna dan ia boleh dirawat untuk mendapatkan warna yang dikehendaki dalam industri batu permata. Ia mempunyai kekerasan 7.5, graviti tentu 3.9 – 4.8 bergantung kepada jenis unsur surih yang hadir, sistem hablur tetragonal dan bentuk paling biasa ditemui ialah prisma, hablur, tabular dan butiran halus seperti pasir. Kegunaan utamanya selain dijadikan batu permata ialah sumber logam zirkonium yang digunakan dalam industri nuklear, pembuatan aloi dan pelelas.

88 comments:

  1. Sy memiliki florit dan magnetite dan sangat berkilauan bila di kenakan pd cahaya.. Adakah memiliki nilaian harga yg tertentu

    ReplyDelete
  2. Salam saya ada satu ketulan 5kg batu magnetite ada sesiapa tau pasal batu itu dan apa rasiah batu ITU

    ReplyDelete
  3. Saya boleh gali batu Kuarza.. Saya tahu lokasinya.. Sangat banyak, cantik dan aneh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana tucubaa cerita sikit ..minat ni

      Delete
    2. Boleh kita pergi cari. Saya azam dari Klang. Saya tukang cincin.

      Delete
    3. Boleh kita pergi cari. Saya azam dari Klang. Saya tukang cincin.

      Delete
    4. Sesiapa minat fosil jutaan tahun sperti binatang laut purba dan btg kayu pm.lokasi perlis

      Delete
    5. sya pengumpul kecubung kuarza.blh tahu lokasinye.yg sya tahu dikawasan klang gate sgt byk...

      Delete
    6. CONTACK SYA NK MEMBLII BOLEH SEND GMBR2:DAN BATU TU WARNA APA WHATSAPP SYA SEGERA TQ ...+60112907976

      Delete
    7. ALL BATU2 NK JUAL INFO KPD SYA TQ +60112907976

      Delete
  4. sy gold rush,sy ad bnyk info n koleksi batuan di atas,sy ada topografi dan prnah smpi k sluruh mlaysia utk itu,sila pm 0194664108

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum.. hai sdra/i.. boleh pm saya melalui e-mail x ? ayu93aziz@gmail.com..

      Delete
    2. Terima kasih😊

      Delete
  5. Ada sesiapa disini yang ada teras gaharu atau apa2 batu berharga...saya sedang mencari...apa2 boleh hubungi saya,
    0184601002

    ReplyDelete
  6. Saya ada batu pirit..adakah batu ini ada harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak ke...cuba sent gambar ke wassp ni 0199056395

      Delete
  7. SYA ADA BATU2 JADE KRISTAL TOPAZ SAPPIRE RUBY DIAMONDS MOISSANITE DIAMOMDS DLL

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. SYA ADA BATU2 JADE KRISTAL TOPAZ SAPPIRE RUBY DIAMONDS MOISSANITE DIAMOMDS DLL

    JIKA SESIAPA NK BLI BATU2 BERHRGA CONTACK SYA SEGERA +601129077976 JENIS2 BATU JADEITE JADE/CRISTAL PERLBGAI WARNA /TOPAZ PERLBGAI WARNA/ SAPPIRE RUBY EMERELDS /DIAMOMDS MOISSANITE@INTAN /DIAMONDS PURE NATURAL /DIAMOMDS SUPERKING A SUPER CONTACK SYA SEGERA +601129077976

    ReplyDelete
  10. di dusun durian milik abah saya byk batu yg pelik2 dan cantik2 tp sy tak knal jenis2 batu dan kurang berminat.lokasi di gerik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emel saya jameskeow@gmail.com

      Delete
    2. Saya ada batu aneh dan pelik nama batu tuh adalah batu mata harimau batu paling langka di malaysia kalau cari kat kawasan perlombongan pun takde susah nak jumpa

      Delete
  11. Sya ada batu kecubung, sapa berminat pm sya

    ReplyDelete
  12. Sya ada permata peningalan dari arwah abang...arwah salah seorang ahli kelab antik purba dll...byk jenis permata dan lain2..janji ngam cara dan aturan we proceed...insyallah

    ReplyDelete
  13. Apakah nama sebenar batu lilin yg hanya terdapat di bukit perak kedah.
    Sifatnya kristal lutsinar berwarna merah daging (warna seperti daging mentah). Harganya boleh mencecah berpuluh ribu ringgit seketul berdasarkan warna dan bentuk yg cantik.
    Untuk rujukan :- taukeh2 cina yg datang membeli mengatakan batu itu spesis zamrud dan jika mendapat bentuk yg cantik ianya akan dipertandingkan.
    #mohonjawapan.

    ReplyDelete
  14. saya ada emas putih,batu kuarza dengan batu berlian emas..da cek dkt jewelry utk test batu berlian mentah tu..kalo ade sesape nk beli blh contact 0109152435

    ReplyDelete
  15. Saya ade kawasan emas alluvial,batuan quartz,specimen kristal quartz di daerah raub pahang..berminat boleh email saya..☺

    ReplyDelete
  16. apakah kandungan unsur bagi emas dan perak,tolong saya'

    ReplyDelete
  17. Sedang mencari dan berminat untuk membeli batu HEMATITE, ILMENITE

    contact 0129589951 jika anda punya info

    ReplyDelete
  18. Salam saya memiliki nagget ketulan putih biru .

    ReplyDelete
  19. Bapa sy ada jumpa batu yg brwrna merah. Batu apa tu ya?

    ReplyDelete
  20. Bapa sy ada jmpa batu yg brwarna kemerahan. Batu jenis apa tu?

    ReplyDelete
  21. SESIAPA MAHU BATU ROUGH BERLIAN INTAN MALAYSIA SILA INFO KPD SYA SEGERA YA LOKASI PENEMUAN GUNUNG JERAI / GUNUNG TAHAN PAHANG /BUKIT IBAM PAHANG/ CENDERAWASIH HUTAN GUNUNG ROMPIN PAHANG SEKITARNYA.. /GUNUNG MAS LABIS JOHOR / KELANTAN TERANGGANU ROUGH2 BONGKHAN2 DIAMONDS ASLI 100% FROM MALAYSIA HARDNES 10SKLA MOHZ UP TO 12SKLA MOHZ BOLEH CONTACK SYA LANGSUNG DATO SERI TENGKU PADUKA PANGLIMA S.SOFIAN +601129077976 ...100% MESIN2 DILAB2 DIDALAM MALAYSIA KHAS UNTUK MENGETEST DAN BUAT SIJIL UNTUK BATU2AN SENTETIK PLSU SHJA DAN DISAHKAN SBGAI BATUAN ASLI.. BATUAN ORIGINAL SEPERTI TOPAZ BATUAN DIAMONDS TIDAK DIIKTIRAF JIKA ANDA TERJUMPA SKLIPUN.. MESIN2 LAB DIDLAM MLYSIA DIBINA HANYA UNTUK DIAMONDS SENTETIK DAN BATUAN SENTITIS SYANTETIC BATUAN PLSU SHJA DIIKTIRAF SBGAI BATUAN ORIGINAL ASLI DISIJIL MEREKA AWAS HATI2 SEMUA YA ...DI LAB GIA SHJA ADA MEMPUNYAI KILANG UNTUK MEMBUAT BERLIAN2 PLSU SEPERTI MOISSANITE(INTAN) HARDNESS 12MOHZ /HTHP DIAMONDS HARDNESS 14MOHZ-15MOHZ.. CDV DIAMONDS SENTETIK HARDNESS 17-20MOHZ JNIS NI KETUK DGN HAMMER TKPECAH BYK DIJUAL DIKEDAI2 PERNIAGAAN EMAS2 DAN BERLIAN2 SELURUH MALAYSIA ...LAB SUDAH BERPAKATAN SEMUA LAB TERMASOK DIMLYSIA DAN KEDAI2 JUALAN MLYASIA AWAS ANDA TELAH DITIPU 100% DGN BERLIAN2 PALSU SENTETIK DGN SIJIL LAB DIDALM SIJIL SAHKAN BERLIAN ASLI NATURAL PADAHAL BERLIAN PLSU SENTETIK DIATS.... BYK LAB2 TERLIBAT DAN MESIN LAB MEREKA DIREKA KHAS HNYA UNTUK BATU2 PALSU SEPERTI BATUAN2 BERLIAN/BATU ZAMRUD/KING SAPPHIRE /RUBY DELIMA/OPAL DAN BATU2 BERHARGA MAHAL LAIN SEMUA ADALAH 100% PLSU CONTOH HRGA PASARAN ZAMRUD ASLI 1CARAT HRGA USD75K ..DIAMONDS BERLIAN ASLI 1CARAT USD250K SIAP BNTUK /RUBY USD20K 1CARAT.. JADI HATI2 BUAT PEMAIN BATUAN MALAYSIA DAPAT DRI SYA BERLIAN ASLI DLL BATUAN ORIGINAL SEPAROH HRGA 50% ...100% ORIGINAL DITEMUANN2 LOKASI BATU2 ALAMI DRI LOMBONG3 BATUAN2 YG DITINGGALKAN DAN TANAH2 YG MEMPUNYAI BATUAN TERSEBUT.... SILA PM SYA SEGERA +601129077976 TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...sy ada beberapa biji....sy pun blum pasti jenisnya....

      Delete
    2. Sy ada simpan....nk hantar ke lab ke untk dptkn kepastian...

      Delete
  22. As'salam... Sya ada memiliki batu berwarna kekuningan seperti batu kalkopirit. Tapi sya pun tidak dapat pastikan ianya batu kalkopirit atau sebaliknya... Ianya berkilat seperti emas. Ada sekali batu tu sya penah gosok dan kikis mengunakan batu gosok ianya kekuningan... Bule tahu tak sma ada batu ne bernilai atau tidak??

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum. Saya Aizal 0162243508. Saya ada batu Jenis kristal bukit samada berbunga dan loose dan juga batu berwarna ungu dan hijau untuk dijual. Kalau ada berminat nak beli boleh call atau what apps saya seperti Nombor diatas. Sekian tq

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum. Ni aizal. Lupa nak info batu batu saya dalam bentuk rough stone dan belum di bentuk.boleh dapat Nombor azam Tukang cincin

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  26. Sesiapa yg x tau batu apa yg anda memiliki dan nak jual boleh emel saya jameskeow@gmail.com

    ReplyDelete
  27. saya ada batu yang saya tidak tahu nama nya dari putih merah hingga lah berwarna kuning tidak berapa jenih tapi apabila di suluh dia akan tembus cahaya

    ReplyDelete
  28. Hi.. Bole sy taw jka batu pirit ade nilai ke? 019-6371079, terima kasih.

    ReplyDelete
  29. Hi saya dua jenis batu.satu putih jernih.dan satu lg putih kelabuan..

    ReplyDelete
  30. Salam saya ada seketul batu yg pelik..setelah saya lihat bentuk diatas mybe batu yang saya jumpa ni hapir sama dengan batu pirit tapi saya tak paham tentang kegunaan batu ni, then saya nak tahu adakah batu ini ada potensi nilai yg besar?? Hanya sekadar nak tahu

    ReplyDelete
  31. Cuma nak tahu. Berapa harga untuk batu emas tu? emas dalam batu tu pulak sebesar ibu jari,dan banyak lagi tompokan2 dalam batu tu berkilaun emas..

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum...
    Saya Mohd Syuid dok kt Jitra.
    Saya ada terjumpa batu ARSENOPIRIT / ARSENOPYRITE. Adakah batu ini bernilai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu bernilai sy nk jual...
      Klu xbrapa bernilai pun saya
      nk jual jugak. Lepas duit anak
      Sekolah ngan minyak moto
      pi keja pun kira Syukur dh.
      Pm 0167200322

      Delete
  33. Ada tak geng pencari emas kat sini..nak join boleh..nak belajar la cara nak cari emas mentah kat malaysia ni

    ReplyDelete
  34. Salam selamat hari raya...sy ad jumpa batu emas bcmpur merah.emas tu lembut dlm sketul batu bcmpur warna merah hitam

    ReplyDelete
  35. Salam batu monazite ap brapa nilai
    Klo jual ad yg nk ke blh wsap 0104601064

    ReplyDelete
  36. Mencari pokok gaharu alami

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum saya as terjumpa sejenis batu berbentuk kristen dalam google berlian mentah, boleh tuan luang kan masa utk berkongsi ilmu tentang batu tersebut 0195041284

    ReplyDelete
  38. Askm sya
    zahari menjumpai logam putih abuan berat dan lembut.

    ReplyDelete
  39. Saya ada batu mcm tu... bentuk macam batu berlian...mcm batu kristal..berwarna putih...dlm dia...mcm cermin..

    ReplyDelete
  40. ASSALAMUALAIKUMM. SESIAPA ADA MENJUAL BATU2 DLM. MALAYSIA SILA INFO SYA UNTUK VERITYKASI BATU2 YG ANDA MILIKI SYA MEMBELI DAN JUGA MENJUAL JENIS BATUAN TOPAZ INTAN DIAMOMDS JEDEITE JADE BATU AKIK BATU DELIMA ZAMRUD RUBY SAPPHIRE DAN BATU2 BERHRGA LAIN2 HRGA MAMPU MILIK WHTSAPP SYA DIRECT JGN CALL WHTSAPP DULU GMBR VIDEO KE +601129077976 TQ

    ReplyDelete
  41. Assalammualaikum.saya ada batu2 yang sy xsure la berlian ka dak.tp ada dia pnya kilauan lnya.jd,kt mana n pd sapa ye utk sy rujuk.

    ReplyDelete
  42. saya ada batu pirit tu...nak tanya, jenis batu ni berharga tak?

    ReplyDelete
  43. Saya perlukan bantuan untuk mengenali jenis btu ni

    ReplyDelete
  44. Salam nak tanya ade sapa nk batu mineral dan belian asal batu

    ReplyDelete
  45. Tahukah anda bahawa kedah mempunyai batuan rare bernilai seperti taaffeite dan musgravite yang kandungan seperti beryllium,magnesium dan zink

    Harga untuk batu permata taaffeite pula ialah 1500$ dan musgravite pula bernilai 35000$

    Ciri2 taaffeite ialah berwarna merah jambu,oren api,tidak berwarna dan ungu ,teksturnya pula halus dan lut sinar,kekerasan pula ialah 7.5-8.5.

    Ciri2 musgravite pula ialah berwarna kelabu,biru dan ungu,teksturenya mempunyai dua sahaja kekerasan 7.5 adalah kasar dan kekerasan 8-8.5 adalah halus.

    ReplyDelete
  46. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete